About Us

Pasukan Di Sebalik Jomventures Travel & Tours Sdn Bhd

Kami bermula sebagai pengembara seperti anda, kita kami berbebesar untuk untuk bawa impian anda terbang tinggi.

Our Story

Kisah Kami

Jomventures bermula daripada minat kami meneroka dunia dan berkongsi pengalaman perjalanan bersama orang lain. Daripada sebuah impian kecil, kami berkembang menjadi sebuah agensi pelancongan yang membantu lebih ramai pelanggan bercuti dengan lebih mudah, selesa dan terancang. Setiap perjalanan kami susun dengan penuh perhatian supaya pelanggan bukan sekadar sampai ke destinasi, tetapi pulang dengan kenangan yang bermakna.

IMPIAN KEMBARA

Langkah Awal Pengembara

Jomventures bermula daripada minat kami terhadap dunia pengembaraan dan keinginan untuk membantu lebih ramai orang melihat dunia dengan lebih mudah dan yakin. Bagi kami, setiap perjalanan bukan sekadar melawat tempat baharu, tetapi tentang mencipta kenangan bermakna bersama insan tersayang. Sebab itu kami sentiasa berusaha menyediakan pengalaman percutian yang terancang, selesa dan mesra Muslim.

What We Stand For

Nilai Kami

Amanah

Wang 'travel' anda adalah amanah. Harga telus, tiada kos tersembunyi.

Servis

Kami layani setiap pelancong seperti mana kami ingin keluarga sendiri dilayani.

Sentiasa Belajar

Setiap 'review' selepas 'trip' dibaca oleh pengurusan dan dijadikan panduan untuk musim hadapan.

Jom Kembara Bersama Jomventures

Pelbagai destinasi ke Jepun, Eropah, China, New Zealand & serata dunia tersedia untuk perlepasan sehingga 2027

Lihat Pakej Jomventures