Dengan membuat pembayaran deposit, peserta telah membaca dan bersetuju dengan TERMA & SYARAT PEMBAYARAN dan PERJANJIAN PERKHIDMATAN PELANCONGAN
Jika tidak bersetuju, peserta diberi pilihan untuk mendapatkan bayaran balik 'refund' penuh dalam masa 24 jam (hari kerja).
PERJANJIAN PERKHIDMATAN PELANCONGAN
(Travel Services Agreement)
Perjanjian ini dibuat pada tarikh yang dinyatakan dalam invois di antara:
JOMVENTURES TRAVEL & TOURS SDN BHD
(No. Syarikat: 202201003593)
sebuah agensi pelancongan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan tertakluk kepada Akta Industri Pelancongan 1992
(selepas ini dirujuk sebagai “Syarikat”)
DAN
Peserta trip
(selepas ini dirujuk sebagai “Peserta”)
PRIVATETOUR.MY adalah jenama yang dikendalikan sepenuhnya oleh Syarikat. Semua kontrak, liabiliti dan transaksi adalah di bawah Jomventures Travel & Tours Sdn Bhd.
1. TAKRIF
1.1 “Pakej” bermaksud perkhidmatan pelancongan seperti dinyatakan dalam quotation atau invois rasmi.
1.2 “Pembekal” bermaksud pihak ketiga termasuk syarikat penerbangan, hotel, pengangkutan dan operator aktiviti.
1.3 “Force Majeure” bermaksud kejadian di luar kawalan munasabah Syarikat.
2. SKOP PERKHIDMATAN
2.1 Syarikat akan menyediakan perkhidmatan seperti dinyatakan secara bertulis dalam quotation atau invois rasmi sahaja.
2.2 Sebarang perkhidmatan yang tidak dinyatakan secara bertulis adalah tidak termasuk dan tertakluk kepada caj tambahan.
2.3 Syarikat bertindak sebagai ejen perantara kepada Pembekal dan tidak bertanggungjawab atas kecuaian atau kegagalan Pembekal.
3. SEBUTHARGA
3.1 Sebutharga sah selama tujuh (7) hari dan tertakluk kepada ketersediaan.
3.2 Harga hanya dijamin selepas deposit diterima sepenuhnya.
3.3 Syarikat berhak menarik balik sebutharga sebelum deposit diterima.
4. PEMBAYARAN
4.1 Deposit
Deposit sebanyak RM500 seorang melainkan dinyatakan dengan jumlah yang lain adalah wajib dan tidak boleh dipulangkan. (Rujuk pada bahagian 5.0)
Semua bayaran tidak boleh dipindah milik tanpa kelulusan bertulis Syarikat.
4.2 Jadual Bayaran – JOIN TOUR / OPEN TRIP / GIT
(a) Sebulan selepas deposit:
Eropah: RM2,000 seorang
Jepun: RM1,000 seorang
Asia Tenggara: RM800 seorang
(b) Seratus dua puluh (120) hari sebelum tarikh berlepas:
Minimum 50% daripada jumlah harga pakej mesti dijelaskan.
(c) Empat puluh lima (45) hari sebelum tarikh berlepas:
Bayaran penuh mesti dijelaskan.
4.3 Jadual Bayaran – PRIVATE TOUR / PRIVATE TRIP / FIT
(a) Tujuh puluh lima (75) hari sebelum tarikh berlepas:
Minimum 50% daripada jumlah harga pakej mesti dijelaskan.
(b) Empat puluh lima (45) hari sebelum tarikh berlepas:
Bayaran penuh mesti dijelaskan.
4.4 Kegagalan Bayaran
Syarikat berhak:
(a) Membatalkan tempahan;
(b) Melucutkan semua bayaran;
(c) Menamatkan Perjanjian tanpa liabiliti;
(d) Menuntut baki bayaran jika komitmen telah dibuat kepada Pembekal.
5. PEMBATALAN DAN PERTUKARAN
5.1 Deposit tidak boleh dipulangkan.
5.2 Pertukaran tarikh atau nama hanya dibenarkan sekali dan tertakluk kepada tiket belum dikeluarkan.
5.3 Jika tiket telah dikeluarkan, kos penerbangan ditanggung Peserta.
5.4 Pembatalan dalam tempoh 45 hari sebelum berlepas menyebabkan semua bayaran hangus (100%).
6. HARGA DAN PELARASAN
6.1 Harga adalah berdasarkan kadar semasa pada tarikh invois.
6.2 Syarikat berhak menjual pakej pada harga berbeza tanpa obligasi pelarasan.
6.3 Tiada tuntutan “price match”.
6.4 Sebarang kenaikan kos pembekal selepas pengesahan adalah tanggungan Peserta.
7. ITINERARI
Syarikat berhak mengubah aturcara atas faktor keselamatan, cuaca atau arahan pihak berkuasa tanpa pampasan.
8. DOKUMEN DAN VISA
Peserta bertanggungjawab memastikan dokumen lengkap dan sah. Syarikat tidak bertanggungjawab atas penolakan imigresen.
9. TINGKAH LAKU PESERTA
Syarikat berhak menamatkan penyertaan Peserta yang melanggar undang-undang atau mengganggu perjalanan tanpa pemulangan bayaran.
10. KESIHATAN DAN INSURANS
Segala risiko kesihatan adalah tanggungan Peserta.
Peserta digalakkan mengambil insurans perjalanan.
11. FORCE MAJEURE
Syarikat tidak bertanggungjawab atas kejadian di luar kawalan munasabah. Refund tertakluk kepada bayaran diterima daripada Pembekal.
12. HAD LIABILITI
Liabiliti maksimum Syarikat terhad kepada jumlah bayaran diterima. Syarikat tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung.
13. INDEMNITI
Peserta bersetuju menanggung rugi Syarikat daripada sebarang tuntutan akibat pelanggaran Perjanjian atau salah laku Peserta.
14. CHARGEBACK
Peserta tidak boleh membuat pertikaian pembayaran tanpa asas munasabah selepas persetujuan bertulis.
15. PERLINDUNGAN DATA (PDPA)
Data Peserta boleh diproses bagi tujuan pengurusan perjalanan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
16. TIMBANG TARA
Pertikaian hendaklah dirujuk kepada timbang tara di Malaysia selaras dengan Akta Timbang Tara 2005.
17. HAD MASA TUNTUTAN
Sebarang tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh tamat perjalanan.
18. ENTIRE AGREEMENT
Perjanjian ini menggantikan semua perbincangan terdahulu.
19. SEVERABILITY
Jika mana-mana peruntukan tidak sah, peruntukan lain kekal berkuat kuasa.
20. WAIVER
Kegagalan menguatkuasakan mana-mana hak tidak dianggap pelepasan hak tersebut.
21. ASSIGNMENT
Peserta tidak boleh memindahkan hak tanpa kebenaran bertulis Syarikat.
22. TANDATANGAN ELEKTRONIK
Tandatangan elektronik adalah sah dan mengikat.
23. UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA
Perjanjian ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Sebarang pertikaian hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Malaysia.