Important Information

Terms & Conditions

The booking, payment and cancellation terms that apply to every package we sell.

Applies to every booking Last updated: 12 October 2026

PERJANJIAN PERKHIDMATAN PELANCONGAN
(Travel Services Agreement)

Dengan membuat pembayaran deposit, Peserta mengesahkan bahawa mereka telah membaca TERMA & SYARAT PEMBAYARAN dan PERJANJIAN PERKHIDMATAN PELANCONGAN ini. Apabila deposit telah dibuat, Peserta bersetuju dengan semua syarat yang ditetapkan oleh Syarikat.

Jika Peserta tidak bersetuju, Peserta boleh memohon bayaran balik penuh deposit secara bertulis. Permohonan mestilah diterima oleh Syarikat dalam tempoh 24 jam dari masa pembayaran deposit dibuat. Selepas tempoh tersebut, bayaran balik adalah tertakluk kepada peruntukan dalam perjanjian ini.

Perjanjian ini dibuat pada tarikh yang dinyatakan dalam invois di antara:

JOMVENTURES TRAVEL & TOURS SDN BHD (No. Syarikat: 202201003593; No. Lesen MOTAC: 10479), sebuah agensi pelancongan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan tertakluk kepada Akta Industri Pelancongan 1992 (selepas ini dirujuk sebagai "Syarikat")

DAN

Peserta trip (selepas ini dirujuk sebagai "Peserta").

PRIVATETOUR.MY adalah jenama yang dikendalikan sepenuhnya oleh Syarikat. Semua kontrak, liabiliti dan transaksi adalah di bawah Jomventures Travel & Tours Sdn Bhd.

1. TAKRIF

1.1 "Pakej" bermaksud perkhidmatan pelancongan seperti dinyatakan dalam sebut harga, invois rasmi atau brochure.

1.2 "Pembekal" bermaksud pihak ketiga termasuk syarikat penerbangan, hotel, penyedia pengangkutan dan operator aktiviti.

1.3 "Force Majeure" bermaksud kejadian di luar kawalan munasabah Syarikat, termasuk bencana alam, perang, mogok, rusuhan, wabak penyakit, arahan kerajaan atau pihak berkuasa, penutupan ruang udara atau lapangan terbang, dan gangguan atau pembatalan penerbangan.

1.4 "Join Tour", "Open Trip" atau "GIT" bermaksud pakej kumpulan berjadual yang disertai oleh peserta daripada tempahan yang berbeza. "Private Tour", "Private Trip" atau "FIT" bermaksud pakej yang dirancang khas untuk Peserta atau kumpulan Peserta yang membuat tempahan yang sama sahaja. "Small Group Tour" atau "Deluxe Tour" bermaksud pakej kumpulan kecil berjadual dengan jumlah peserta terhad seperti dinyatakan dalam Bahagian 8.

1.5 "Deposit" bermaksud bayaran pertama yang diperlukan untuk membuat tempahan seperti dinyatakan dalam Bahagian 4.1.

1.6 "Trip" bermaksud tarikh perlepasan (departure date) bagi sesuatu pakej.

2. SKOP PERKHIDMATAN

2.1 Syarikat akan menyediakan perkhidmatan seperti dinyatakan secara bertulis dalam sebut harga, invois rasmi atau brochure sahaja.

2.2 Sebarang perkhidmatan yang tidak dinyatakan secara bertulis adalah tidak termasuk dan tertakluk kepada caj tambahan.

2.3 Syarikat bertindak sebagai ejen perantara kepada Pembekal dan tidak bertanggungjawab atas kecuaian atau kegagalan Pembekal.

2.4 Melainkan dinyatakan sebaliknya secara bertulis dalam sebut harga, invois rasmi atau brochure, pakej tidak termasuk: dobi, makanan di luar menu standard, tour pilihan, khidmat porter di lapangan terbang dan hotel, perbelanjaan peribadi, fi visa atau ETA (melainkan dinyatakan termasuk dalam pakej dalam brochure), fi tempat duduk penerbangan (seat fee), dan insurans perjalanan.

2.5 Penempah yang membuat tempahan bagi pihak peserta lain mewakili dan mengikat semua peserta tersebut kepada perjanjian ini, dan bertanggungjawab memastikan mereka telah membaca dan bersetuju dengan perjanjian ini. Bagi peserta di bawah umur 18 tahun, ibu bapa atau penjaga sah terikat dengan perjanjian ini bagi pihak peserta tersebut.

3. SEBUT HARGA

3.1 Sebut harga sah selama tujuh (7) hari dan tertakluk kepada ketersediaan.

3.2 Harga hanya dijamin selepas deposit diterima sepenuhnya, tertakluk kepada Bahagian 6.

3.3 Syarikat berhak menarik balik sebut harga sebelum deposit diterima.

4. PEMBAYARAN

Nama akaun: JOMVENTURES TRAVEL & TOURS SDN BHD
Bank: CIMB BANK
No. akaun: 8010862463

4.1 Deposit

Deposit sebanyak RM500 seorang (RM500/pax), melainkan jumlah lain dinyatakan dalam invois, diperlukan untuk membuat tempahan.

Deposit boleh dipulangkan sepenuhnya jika Syarikat menerima permohonan bayaran balik secara bertulis dalam tempoh 24 jam dari masa pembayaran deposit dibuat. Selepas tempoh tersebut, deposit adalah NON-REFUNDABLE dan bayaran balik akibat pembatalan oleh Peserta adalah tertakluk kepada Bahagian 5.

Semua bayaran tidak boleh dipindah milik tanpa kelulusan bertulis Syarikat.

4.2 Jadual Bayaran: JOIN TOUR / OPEN TRIP / GIT

(a) Sebulan selepas deposit, jumlah bayaran terkumpul (termasuk deposit) hendaklah mencapai:
Eropah: RM2,000 seorang
Jepun: RM1,000 seorang
Asia Tenggara: RM800 seorang

(b) Seratus dua puluh (120) hari sebelum tarikh berlepas: minimum 50% daripada jumlah harga pakej mesti dijelaskan.

(c) Empat puluh lima (45) hari sebelum tarikh berlepas: bayaran penuh mesti dijelaskan.

4.3 Jadual Bayaran: PRIVATE TOUR / PRIVATE TRIP / FIT

(a) Tujuh puluh lima (75) hari sebelum tarikh berlepas: minimum 50% daripada jumlah harga pakej mesti dijelaskan.

(b) Empat puluh lima (45) hari sebelum tarikh berlepas: bayaran penuh mesti dijelaskan.

4.4 Kegagalan Bayaran

Sekiranya Peserta gagal membuat bayaran mengikut jadual, Syarikat berhak:

(a) Membatalkan tempahan;
(b) Mengenakan caj pembatalan atau melucutkan bayaran setakat yang dibenarkan;
(c) Menamatkan Perjanjian; dan
(d) Menuntut baki bayaran yang perlu dijelaskan jika komitmen telah dibuat kepada Pembekal.

4.5 Penerimaan Bayaran

Bayaran hendaklah dibuat ke akaun bank Syarikat yang dinyatakan dalam Bahagian 4 ini.

4.6 Tempahan Lewat

Bagi tempahan yang dibuat selepas tarikh bayaran dalam jadual di atas telah berlalu, bayaran yang sepatutnya telah dijelaskan mengikut jadual tersebut hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang dimaklumkan oleh Syarikat semasa tempahan dibuat.

5. PEMBATALAN DAN PERTUKARAN

5.1 Deposit boleh dipulangkan sepenuhnya jika Syarikat menerima permohonan bayaran balik secara bertulis dalam tempoh 24 jam dari masa pembayaran deposit dibuat. Selepas tempoh tersebut, deposit adalah NON-REFUNDABLE, jika peserta mahu membatalkan pakej yang telah diambil. TETAPI peserta boleh memilih salah satu dari pilihan berikut:

a. Menukar tarikh pakej 1 kali sahaja (hanya apabila tiket penerbangan antarabangsa / domestik belum lagi dibeli)

b. Tukar dengan peserta lain (hanya apabila tiket penerbangan antarabangsa / domestik belum lagi dibeli)

c. Sebarang pertukaran (pilihan) di atas perlulah dibuat sekurang-kurangnya:

i. 120 hari sebelum trip bermula : Caj pengurusan RM200 akan dikenakan. Jika tiket penerbangan telah dibeli, keseluruhan kos penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

ii. 45 hari sebelum trip bermula : Bayaran penuh yang telah dibuat, tidak akan dipulangkan.

5.2 Pertukaran tarikh atau nama hanya dibenarkan sekali dan tertakluk jika tiket penerbangan belum dikeluarkan.

5.3 Dari 120 hari hingga 46 hari sebelum tarikh berlepas, Peserta boleh menukar tarikh atau menukar dengan peserta lain dengan caj pengurusan RM200, tertakluk kepada tiket penerbangan belum dibeli.

5.4 Walau apa pun yang dinyatakan dalam Bahagian ini, jika tiket penerbangan telah dibeli, pertukaran tarikh atau pertukaran peserta tidak lagi dibenarkan. Sekiranya Peserta membatalkan pakej selepas tiket penerbangan dibeli, deposit, semua bayaran mengikut jadual pembayaran yang telah dibuat dan tiket penerbangan tersebut adalah hangus dan tidak akan dipulangkan.

5.5 Bagi pembatalan dalam tempoh 45 hari sebelum tarikh berlepas, bayaran penuh yang telah dibuat tidak akan dipulangkan. Bagi perkara yang tidak dinyatakan dalam Bahagian ini, caj pembatalan dan bayaran balik, jika ada, adalah tertakluk kepada syarat Pembekal yang berkaitan dan tidak menjejaskan Bahagian 13 (Force Majeure).

5.6 Bagi tujuan Bahagian ini, "tiket dibeli" dan "tiket dikeluarkan" membawa maksud yang sama, iaitu tiket penerbangan telah ditempah dan dibayar oleh Syarikat kepada syarikat penerbangan atau Pembekal. Rekod Syarikat mengenai status dan tarikh tiket dibeli adalah bukti muktamad.

6. HARGA DAN PELARASAN

6.1 Harga adalah berdasarkan kadar semasa pada tarikh invois.

6.2 Syarikat berhak menjual pakej pada harga berbeza tanpa obligasi untuk melaraskan harga tempahan yang telah disahkan.

6.3 Tiada tuntutan "price match".

6.4 Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan "harga semasa". Sebarang kenaikan harga yang mendadak, termasuk kenaikan kos Pembekal selepas pengesahan, adalah tanggungan Peserta (tiket penerbangan, airport tax, perubahan matawang, hotel, pengangkutan dan lain-lain).

6.5 Sebarang perubahan yang diminta oleh Peserta yang melibatkan penambahan kos, kos tersebut akan ditanggung oleh Peserta.

7. ITINERARI DAN PERUBAHAN JADUAL

7.1 Syarikat berhak mengubah atur cara atas faktor keselamatan, cuaca atau arahan pihak berkuasa tanpa pampasan.

7.2 Syarikat berhak membuat penukaran pada jadual program yang dicadangkan mengikut kesesuaian dan kelancaran pakej. Sebarang perubahan jadual mungkin berlaku, contohnya perubahan pada waktu penerbangan yang disebabkan oleh faktor cuaca dan sebagainya.

7.3 Sebarang perubahan waktu penerbangan adalah di luar bidang kuasa Syarikat. Syarikat tidak akan bertanggungjawab jika berlaku perubahan waktu atau penangguhan jadual penerbangan.

7.4 Tarikh perlepasan adalah tertakluk kepada perubahan dalam jangka masa 1 hingga 7 hari dari tarikh perlepasan asal. Peserta akan dimaklumkan selewatnya 30 hari sebelum berlepas.

7.5 Tiada bayaran balik atau pengurangan harga bagi mana-mana perkhidmatan dalam pakej yang tidak digunakan oleh Peserta atas sebab peribadi.

7.6 Jika Peserta tidak dapat menerima tarikh perlepasan yang berubah mengikut Bahagian 7.4, Peserta hendaklah memaklumkan Syarikat secara bertulis dan perkara tersebut tertakluk kepada Bahagian 5.

7.7 Susunan tempat duduk dalam penerbangan tidak dijamin mengikut permintaan Peserta, termasuk permintaan untuk duduk bersama ahli keluarga, tempat duduk tepi tingkap (window seat), tempat duduk tepi lorong (aisle seat), tempat duduk berdekatan pintu atau tandas, atau naik taraf (upgrade) ke kelas tempat duduk yang berbeza. Tempat duduk yang diberikan adalah berdasarkan peruntukan rawak oleh syarikat penerbangan.

7.8 Untuk memastikan tempat duduk yang diminta, termasuk duduk berdekatan ahli keluarga, Peserta perlu menempah dan membayar fi tempat duduk (seat fee), atau perbezaan tambang bagi naik taraf kelas tempat duduk, yang berbeza mengikut sektor dan trip. Tempahan tempat duduk hendaklah dilakukan selewatnya 14 hari sebelum trip bermula dan tertakluk kepada ketersediaan semasa.

8. JUMLAH PERLEPASAN MINIMUM PESERTA

8.1 Perlepasan "join tour" dan "small group tour" adalah tertakluk kepada jumlah perlepasan minimum peserta.

8.2 Join tour: 20 pax, 24 pax atau 32 pax bergantung kepada pakej.

8.3 Small group tour / deluxe tour: 6 pax, 8 pax atau 10 pax bergantung kepada pakej.

8.4 Justeru itu, tarikh perlepasan adalah tertakluk kepada perubahan seperti dinyatakan dalam Bahagian 7.4.

8.5 Syarikat akan memaklumkan Peserta mengenai sebarang perubahan perlepasan akibat jumlah minimum peserta tidak dicapai selewatnya 30 hari sebelum berlepas.

8.6 Jika jumlah minimum peserta tidak dicapai dan Syarikat memutuskan untuk tidak meneruskan trip, Peserta akan ditawarkan salah satu daripada pilihan berikut:

(a) Digabungkan dengan trip lain;
(b) Menukar kepada pakej lain, tertakluk kepada perbezaan harga pakej; atau
(c) Bayaran balik penuh.

8.7 Jumlah minimum peserta tidak dicapai bermaksud trip tidak boleh dijalankan, melainkan Syarikat memutuskan untuk meneruskan trip tersebut. Bahagian 5 tidak terpakai bagi sebarang perubahan atau pembatalan yang berpunca daripada trip tidak dapat dijalankan kerana jumlah minimum peserta tidak dicapai. Jika Syarikat memutuskan untuk meneruskan trip, Peserta tidak boleh membatalkan tempahan atas alasan jumlah minimum peserta tidak dicapai, dan Bahagian 5 terpakai bagi sebarang pembatalan atau pertukaran oleh Peserta.

9. WAKTU KERJA TOUR GUIDE / TOUR LEADER

9.1 "Tour Guide", "Tour Personnel" atau "Tour Leader" ("TL") bermaksud mana-mana individu yang bertugas dan mengiringi peserta semasa trip berlangsung bagi pihak Syarikat, sama ada staf Syarikat atau staf yang dilantik oleh ground operator atau pihak ketiga yang mewakili Syarikat.

9.2 Waktu bekerja adalah antara 9 hingga 12 jam sehari, berbeza mengikut trip. Maksimum waktu bekerja kekal 12 jam sehari.

9.3 Sebarang kelewatan yang disebabkan oleh Peserta, Peserta boleh dikenakan bayaran kerja lebih masa (OT) kepada TL pada kadar yang ditetapkan oleh Syarikat. Waktu OT tidak melebihi 2 jam sehari, bermaksud jumlah waktu bekerja termasuk OT tidak boleh melebihi 14 jam sehari bagi memastikan rehat yang cukup.

9.4 Sebarang permintaan untuk lanjutan waktu bertugas (extension) hendaklah dimaklumkan lebih awal kepada Syarikat. Syarikat tidak menjamin semua trip boleh dilanjutkan waktu bertugas (OT).

10. DOKUMEN, VISA DAN ETA

10.1 Peserta bertanggungjawab memastikan dokumen perjalanan lengkap dan sah, termasuk pasport yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pulang, serta visa atau Electronic Travel Authorisation (ETA) jika diperlukan. Syarikat tidak bertanggungjawab atas penolakan oleh pihak imigresen.

10.2 Melainkan fi visa (visa fee) atau fi ETA termasuk dalam pakej seperti dinyatakan dalam brochure, fi visa, fi ETA dan kos berkaitan dokumen perjalanan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. Syarikat tidak menjamin kelulusan visa atau ETA.

10.3 Syarikat tidak bertanggungjawab atas sebarang kos, pampasan atau bayaran balik jika Peserta ditolak masuk atau dihantar pulang oleh pihak berkuasa negara destinasi atau transit atas sebab dokumen tidak lengkap, barang larangan atau tingkah laku Peserta.

11. TINGKAH LAKU PESERTA

Syarikat berhak menamatkan penyertaan Peserta yang melanggar undang-undang atau mengganggu perjalanan tanpa pemulangan bayaran.

12. KESIHATAN DAN INSURANS

12.1 Segala risiko kesihatan adalah tanggungan Peserta. Peserta digalakkan mengambil insurans perjalanan.

12.2 Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya Peserta didapati positif COVID-19 atau menghadapi apa jua masalah kesihatan sebelum, semasa atau selepas trip berlangsung. Sebarang kos yang terlibat adalah tanggungan Peserta, atau tuntutan boleh dilakukan berdasarkan polisi "travel insurance" yang dibeli sendiri oleh Peserta.

13. FORCE MAJEURE

Syarikat tidak bertanggungjawab atas kejadian di luar kawalan munasabah. Bayaran balik tertakluk kepada bayaran yang diterima daripada Pembekal.

14. HAD LIABILITI

14.1 Liabiliti maksimum Syarikat terhad kepada jumlah bayaran yang diterima. Syarikat tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung.

14.2 Syarikat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang pembelian awal tiket penerbangan domestik atau "connecting flight", pakaian musim tertentu atau lain-lain kos yang terlibat sekiranya trip terpaksa dibatalkan atas apa jua faktor.

15. INDEMNITI

Peserta bersetuju menanggung rugi Syarikat daripada sebarang tuntutan akibat pelanggaran Perjanjian atau salah laku Peserta.

16. CHARGEBACK

Peserta tidak boleh membuat pertikaian pembayaran tanpa asas munasabah kepada bank atau pengeluar kad selepas Peserta bersetuju dengan perjanjian ini secara bertulis atau elektronik.

17. PERLINDUNGAN DATA (PDPA)

Data Peserta boleh diproses bagi tujuan pengurusan perjalanan, termasuk didedahkan kepada Pembekal (termasuk di luar Malaysia) dan pihak berkuasa imigresen setakat yang perlu, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

18. TIMBANG TARA

Pertikaian hendaklah dirujuk kepada timbang tara di Malaysia selaras dengan Akta Timbang Tara 2005.

19. HAD MASA TUNTUTAN

Sebarang tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh tamat perjalanan.

20. ENTIRE AGREEMENT

Perjanjian ini, bersama sebut harga, invois dan itinerari rasmi, menggantikan semua perbincangan terdahulu. Jika berlaku percanggahan, perjanjian ini diutamakan.

21. SEVERABILITY

Jika mana-mana peruntukan tidak sah, peruntukan lain kekal berkuat kuasa.

22. WAIVER

Kegagalan menguatkuasakan mana-mana hak tidak dianggap sebagai pelepasan hak tersebut.

23. ASSIGNMENT

Peserta tidak boleh memindahkan hak tanpa kebenaran bertulis Syarikat.

24. TANDATANGAN ELEKTRONIK

Tandatangan elektronik adalah sah dan mengikat.

25. UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

Perjanjian ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Tertakluk kepada Bahagian 18, sebarang pertikaian yang tidak diselesaikan melalui timbang tara, atau yang memerlukan penguatkuasaan award timbang tara, hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Malaysia.

26. NOTIS DAN BAHASA

26.1 Notis atau permohonan bertulis kepada Syarikat boleh dihantar melalui emel atau saluran WhatsApp rasmi Syarikat, dan dikira diterima apabila direkodkan oleh Syarikat.

26.2 Bayaran balik, jika ada, akan dibayar ke akaun atau kaedah pembayaran yang sama digunakan oleh Peserta.

26.3 Perjanjian ini dibuat dalam Bahasa Melayu. Jika terdapat terjemahan, versi Bahasa Melayu diutamakan.